01 June 2010

Semangat juang.

Assalamu'alaikum.
Bersawang gamaknya blog ni. Dah lama tak bukak. Dah lama tak menulis. Kekok rasanya mahu mula kembali. Tapi hari ni hati diketuk untuk mencatat sesuatu.

Tentang Palestin. Of course!


Terlalu banyak cerita yang kedengaran sekarang. Yang cedera, yg dipenjara, yang syahid.

Aku di sini, tertanya-tanya peranan sendiri. Cukuplah keangkuhan semalam. Hadapan ini aku perlu jadi lebih baik.

Rasa penat mendengar kisah-kisah ini lagi. Cukuplah. Hentikanlah.
Ya Allah, menangkanlah Islam.

Sejauh manapun perbincangan hangat tentang kisah ini, jauh di sudut hati, aku takut pada diri sendiri. Ya lah, bila ditanya tentang apa sumbangan aku untuk kebebasan tanah para anbia' itu, aku malu pada diri sendiri. Sesikit-sikit usaha, aku rasa usaha aku paling sedikit.

Namun,
aku sangat yakin pada suatu keyakinan.

Al-Aqsa tidak memerlukan aku untuk ke medannya. Bukan perang medan aku sekarang.
Tapi aku yakin medanku adalah untuk kembali ke Islam yang sebenar. Biar aqidahku solid. Biar ibadahku sohih. Islamku Islam yang indah, membawa ke syurga.

0 comments: