01 March 2010

Mencari karier.

Sudah lama tidak menulis. Baru hari ini terdetik rasa mahu menulis. Tapi pendek-pendek aje, kerana masa tak banyak.

Disember 2009, saya tamat degree. Alhamdulillah, penat lelah selama 3 tahun di Adelaide ini, Allah kurniakan dengan kejayaan. Tambah-tambah lagi, Allah berikan kemudahan untuk saya peluang meneruskan pengajian ke peringkat Honours di Adelaide ini dan bertambah khabar gembira apabila saya bernikah pada 15 Januari yang lalu.

Sepanjang cuti 'summer' di Malaysia, saya dihujani pertanyaan tentang kenapa saya teruskan belajar (lebih-lebih lagi di Australia) dan tidak mencari peluang kerja.

Tidak pandai untuk menjawab soalan-soalan 'mudah' ini, saya lebihkan berdiam dan senyum sahaja. Tidak kurang juga yang bercakap tentang baitul muslim yang telah didirikan. Bagaimana mahu menyara keluarga sendiri kalau tidak bekerja dan masih belajar? 

Saya yakin pada Allah yang Maha Menentukan segala-galanya. Bagi saya, ada keperluan untuk saya stay di Australia, jadi perlulah untuk masih di sini. Peluang yang ada; sambung belajar, jadi inilah saya sekarang - seorang pelajar Honours di University of Adelaide.

Kawan-kawan yang sudah graduate sibuk mencari kerja. Yang sudah dapat kerja, alhamdulillah gembira dengan dunia baru yang tidak lagi pening-pening dengan urusan peperiksaan apatah lagi sangat teruja mahu merasa nikmat menerima gaji pertama hasil titik peluh sendiri nanti. Bagi yang masih mencari-cari kerja, berhempas pulas hadir ke interview dan lain-lain, mungkin ada yang merungut mengapa Allah belum beri kemudahan peluang kerja buat golongan ini.

Sekadar pandangan peribadi; bersangka baik dengan Allah. Usah bersedih, usah pening-pening. Selidiki semula hati, pandang semula kepada diri sendiri. Allah beri mereka kerjaya lebih awal, sebab mereka ada tanggunggan yang perlu disara, sebab mereka ada urusan  besar yang bermain di kepada. Tambahan lagi, mereka sudah bersedia dengan kelengkapan penting. Mungkin kita dilambatkan kerana kita masih belum bersedia.


1 comments:

masitah said...

betul tue saya sokong. Kerana Allah tue sentiasa baik..