Assalamu'alaikum. Pembuka bicara.
Telah lama benar tidak menulis di blog ini. Patah-patah kata telah hilang pada jari-jemari yang suatu ketika dahulu selalu mengetip kekunci pada papan kunci laptop saya ini. Mungkin juga helaian bahasa dan patah kata sudah tidak lancar seperti dulu. Mohon dimengerti. Namun apa yang pasti, tulisan ini masih tulus seperti hari-hari yang telah berlalu.
Saya telah kembali ke Adelaide, bumi subur tempat mengenal tarbiyyah dan da'wah. Lebih kurang baru 3 hari menjejakkan kaki di bumi kanggaru ini, tetapi saya rasakan seperti sungguh lama. Rindu mahu kembali ke Adelaide, tetapi tiba-tiba saya rasa seakan-akan mahu pulang semula ke Malaysia.
Di Malaysia, hangat kasih sayang keluarga amat mengharukan. Melihat semua tersenyum, asyik! Ada tanggungjawab yang perlu diuruskan dalam masa saya di Malaysia. Berazam mahu lakukan sebaik-baiknya, namun bukan kita yang menentukan segala-galanya. Saya sudah usahakan yang termampu, Allah jua yang menentu segala sesuatu.
Hari ini saya memulakan 'tahun' baru, insyaAllah bersama hidup dan kehidupan yang baru. Saya punya pandangan yang baru, yang memberi ilham untuk saya lebih banyak berusaha dan beramal.
1 comments:
,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社
Post a Comment